Wednesday, 19 June 2013

Kemahiran Menservis dan Penyenggaraan Berkala Automobil


Masa : 120 minit (3 masa)

Objektif Pembelajaran :
  1. Mengenal pasti fungsi dan kendalian sistem brek Automobil
  2. Mengenal pasti kendalian brek tangan dan ABS
Aktiviti :
  1. Pengenalan
  • Sistem brek sangat penting dan menjadi keutamaan dalam aspek penyenggaraan dan keselamatan. Sietem brek berfungsi untuk memperlahankan dan memberhentikan kenderaan. Terdapat dua jenis sistem brek, iaitu sistem brek hidraulik dan sistem brek mekanikal. Sistem brek hidraulik lebih cekap berbanding sistem brek mekanikal.
  • komponen-komponen utama sistem brek hidraulik ialah pam induk, brek servo, injak brek, brek ceper, brek gelendong, brek tangan dan paip brek.
    2.   Kendalian Sistem brek ---> Sistem brek
  • Apabila injak brek ditekan, pam induk mengenakan tekanan pada bendalir brek dalam sistem
  • Daya tekanan ini dipindahkan kepada angkup brek dan juga silinder roda
  • piston pada angkup brek akan menolak lapik brek dan bergeser dengan ceper, manakala piston pada silinder roda akan menolak kekasut brek bergeser dengan gelendong brek.
  • Tindakan ini memperlahankan kelajuan pusingan roda disebabkan oleh geseran dan seterusnya memberhentikan kenderaan.
    3.   Komponen sistem brek
  • Pam induk - berfungsi untuk menghantar tekanan hidraulik ke semua bahagian brek pada roda melalui paip brek.
  • Brek ceper - berfungsi sebagai tempat lapik brek bergeser bagi memperlahan dan memberhentikan kenderaan
  • Brek gelendung - brek belakang kenderaan yang berfungsi sebagai tempat kekasut brek bergeser.
  • Silinder roda - dipasang pada brek gelendong dan berfungsi untuk menolak kekasut brek supaya bersentuhan dengan gelendong.
  • Paip brek - berfungsi untuk menghantar tekanan bendalir brek daripada pam induk ke bahagian brek di roda.
  • Servo brek - berfungsi untuk meningkatkan kecekapan sistem brek.
  • Brek tangan - berfungsi untuk mengelakkan kenderaan bergerak ketika berhenti atau memakir kenderaan.

    4. ABS (Anti-lock Brake System)
  • Kebanyakkan kenderaan masa kini dilengkapi dengan sistem brek ABS.
  • Sistem ini berfungsi menstabilkan pergerakan semasa kenderaan dibrek secara mengejut (kecemasan).
  • Bahagian-bahagian sistem ABS ini terdiri daripada unit penghantar isyarat (speed sensor), pam, injap (solenoid) dan ECU (electronic control unit).
  • Kebaikan sistem ABS ialah memudahkan kawalan stereng semasa membrek secara mengejut dan mengurangkan jarak berhenti.

Latihan :

Soalan struktur
  1. Berikan dua kemungkinan kerosakan sistem brek
  2. Berikan dia komponen penting brek hadapan
Soalan esei
  1. Terangkan bagaimana pam induk brek berfungsi semasa menekan injak brek

Monday, 10 June 2013

Menservis Automobil


Subjek Menservis Automobil adalah subjek pilihan bagi murid-murid lepasan PMR bagi sekolah menengah harian yang terpilih.
Terdapat 14 modul yang merangkumi keseluruhan pengetahuan berkaitan menservis kenderaan.

Profile ahli kumpulan :
1. Shahrizan bin Abdul Rahman
    831212-06-5031
    CB110004

2. Mohd Faizal bin Abu Bakar
    841019-06-5215
    CB110005

3. Anas Suhail bin Md Ansar
    841012-01-5557
    CB110058